Wednesday, 28 May 2014

penggunaan teknologi dalam jogging

perkembangan Teknologi dalam jogging 

1970-an kasut jogging 


Mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19.  Tahun 1970-an orang ramai mula berlari-lari anak (jogging) sebagai suatu riadah. Kasut yang khas untuk jogging telah dicipta bagi melindungi kaki dan menyediakan kusyen yang diperlukan untuk jangka masa yang lebih selesa.

Dari tahun 1980-an hingga awal tahun 2000, tumpuan lebih kepada meningkatkan kualiti kusyen, dengan setiap jenama menggabungkan beberapa bentuk 'teknologi' kusyen dalam kasut mereka.


1980-an jam randik

Jam randik mula digunakan untuk melihat tempoh masa. Ia digunakan untuk mengukur tahap peningkatan yang mampu dilakukan ketika jogging serta bagi mengelakkan senaman yang berlebihan.  



1990-an pemain muzik 


Pemain muzik digunakan semasa berlari iaitu menggunakan walkman, discmans dan sebagainya. revolusi muzik mula wujud apabila adanya pemain mp3.

2005 peta google dan milimeter

Digunakan secara meluas sebelum adanya GPS. manakala milimeter adalah plot titik laluan yang terdaoat pada lapisan peta google.

2007 GPS

Mula digunakan pada pertengahan tahun 2000-an. kelebihan menggunkan GPS dapat menjadi peta semasa melakukan joging pada suatu jarak tertentu. malahan jarak dan kadar larian dapat diukur dengan tepat.




2008 smartphone dan apps




Smartphone app Nike+ Running.


Merekodkan setiap sesi jogging untuk melihat peningkatan. A
plikasi ini menggunakan sistem GPS, accelerometer dan pedometer dalam smartphone untuk mengesan dan merekod jarak, kelajuan, masa jogging, dan jumlah kalori terbakar. Paparan Aplikasi ini mempunyai rekaan yang senang difahami serta animasi yang menarik. Sebelum menggunakan app ini, anda perlu membuat sedikit setup.  
Anda boleh membuat penetapan untuk 3 perkara iaitu lokasi jogging, pilihan muzik, dan integrasi dengan Facebook.



Tuesday, 27 May 2014

keratan akhbar mengenai masalah kesihatan yang boleh diatasi dengan berjogging




       

Tip-tips berjoging




1. PEMILIHAN PAKAIAN 
  • Kasut yang sesuai
  • Pakaian yang longgar dan menyerap peluh.
  • Elakkan pakaian yang berasaskan kapas kerana ia sekadar memerangkap peluh dan membuatkan badan lembap
  • Jika cuaca sejuk pakai jaket yang membenarkan pengaliran udara dan dan kalis air
2. POSISI ANGGOTA TUBUH SEMASA BERJOGING
1. Lengan akan dihayun secara semula jadi
2. Siku membegkok 90 darjah
3. Kepala dan badan tegak
4. Pinggul dibelakang sedikit
5. Rehatkan rahang dan bahu
6. Bernafas melalui hidung dan hembus melalui mulut
7. Kaki dihentak perlahan supaya lutut dapat dibengkokkan sebaik kaki mencecah tanah atau trek.

CARA MENGELAKKAN KECEDERAAN SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI JOGING
  • permukaan tanah atau trek perlulah lembab dan lembut
  • elakkan kawasan yang tidak rata dan senget.
  • Tukar kasut setiap 900 kilometer apabila daya keanjalannya berkurangan.
  •  Memulakan jogging secara berperingkat.
  • Mengelakkan menambah jarak larian melebihi 20 peratus seminggu
  • Rujuk pakar jika anggota terasa sakit
  • Melakukan sesi pemanasan badan
  •  Berjalan selama 5 minit pada oenghujung jogging
  • Lakukan sesi penyejukkan badan seperti membuat regangan otot selama 2 atau 3 minit.
           TEMPOH MASA 

  •         Aktiviti jogging mesti dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit dan maksimum 2 jam   untuk melihat kesan yang positif dan mengelakkan latihan yang berlebihan. 




kebaikan berjogging

KEBAIKAN BERJOGGING



Terdapat banyak kebaikan jogging dari sudut kesihatan. Antara kebaikan jogging ialah:

1.    Membantu menguatkan bahagian cecair penyambung otot-otot, melenturkan dan menolong mencegah serangan penyakit artritis apabila tua

2.    Membantu meningkatkan kuasa dan kekuatan jantung

3.    Membakar kalori yang tidak diperlukan oleh badan dan membantu untuk menurunkan  berat badan, merendahkan tahap kolesterol serta tekanan darah

4.    Kadar denyutan otot dapat dipertingkatkan dan mengurangkan risiko kekejangan otot

5.    Mengelakkan kerosakan otot dan tulang, meningkatkan ketahanan tubuh serta mengurangkan risiko osteoporosis, diabetes dan obesiti.

6.    Dari sudut psikologi, seseorang dapat mengurangkan tekanan, kebimbangan, kemurungan dan meningkatkan keyakinan diri kerana bila berjogging badan akan mengeluarkan hormon endorfin yang dapat meredakan ketegangan

7.    Mengurangkan lemak di perut

8.    Mengurangkan masalah insomnia

9.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan meningkatkan aliran darah di seluruh badan

10. Mencegah kanser, ini berdasarkan kajian saintifik  terhadap metabolisme sel-sel kanser. Semasa proses metabolik dalam sel-sel sihat, gula darah sedang dibakar. Komponen crusial untuk proses pembakaran ialah oksigen. Oksigen sampai ke seluruh badan melalui paru-paru kemudian dihantar ke semua sel-sel badan dengan aliran darah. Otak dan otot sentiasa memerlukan oksigen dan darah. Sekiranya sel-sel badan kekurangan oksigen ia akan bermutasi. Jogging dapat menghalang proses mutasi tersebut kerana jogging dapat menguatkan jantung untuk mengangkut darah yang beroksigen dengan lebih banyak.