Tuesday, 27 May 2014

kebaikan berjogging

KEBAIKAN BERJOGGING



Terdapat banyak kebaikan jogging dari sudut kesihatan. Antara kebaikan jogging ialah:

1.    Membantu menguatkan bahagian cecair penyambung otot-otot, melenturkan dan menolong mencegah serangan penyakit artritis apabila tua

2.    Membantu meningkatkan kuasa dan kekuatan jantung

3.    Membakar kalori yang tidak diperlukan oleh badan dan membantu untuk menurunkan  berat badan, merendahkan tahap kolesterol serta tekanan darah

4.    Kadar denyutan otot dapat dipertingkatkan dan mengurangkan risiko kekejangan otot

5.    Mengelakkan kerosakan otot dan tulang, meningkatkan ketahanan tubuh serta mengurangkan risiko osteoporosis, diabetes dan obesiti.

6.    Dari sudut psikologi, seseorang dapat mengurangkan tekanan, kebimbangan, kemurungan dan meningkatkan keyakinan diri kerana bila berjogging badan akan mengeluarkan hormon endorfin yang dapat meredakan ketegangan

7.    Mengurangkan lemak di perut

8.    Mengurangkan masalah insomnia

9.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dengan meningkatkan aliran darah di seluruh badan

10. Mencegah kanser, ini berdasarkan kajian saintifik  terhadap metabolisme sel-sel kanser. Semasa proses metabolik dalam sel-sel sihat, gula darah sedang dibakar. Komponen crusial untuk proses pembakaran ialah oksigen. Oksigen sampai ke seluruh badan melalui paru-paru kemudian dihantar ke semua sel-sel badan dengan aliran darah. Otak dan otot sentiasa memerlukan oksigen dan darah. Sekiranya sel-sel badan kekurangan oksigen ia akan bermutasi. Jogging dapat menghalang proses mutasi tersebut kerana jogging dapat menguatkan jantung untuk mengangkut darah yang beroksigen dengan lebih banyak.






1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa (New) - Oyster Hotel Reviews
    The Borgata Hotel Casino & Spa is a luxurious 1,000-square-foot casino and hotel located in Atlantic City, New Jersey. The resort features 696 rooms,  Rating: 에그 벳 8/10 · ‎Review by Genevie 삼성 코엑스 Durano 슈어 벳 먹튀 · ‎Price range: room rates from 코인갤러리 $160 per night (USD) - We Price 업소추천 Match!

    ReplyDelete