Tuesday, 15 April 2014

Joging waktu pagi vs petang 

Joging adalah satu senaman yang mudah dan murah. Ramai antara kita suka berjoging sama ada waktu pagi ataupun petang. Sebenarnya terdapat perbezaan apabila kita berjoging pada waktu pagi dan juga petang. Joging pagi vs joging petang...jom lihat perbezaannya

kebaikan joging waktu pagi
  1. Berjogging awal pagi membuat anda lebih bersemangat, dan bertenaga. jogging waktu pagi akan membuatkan darah mengalir ke seluruh tubuh badan, sistem badan beroperasi dengan lebih baik dan cepat yang membuatkan kita berasa lebih bertenaga sepanjang hari  tersebut
  2. Tiada gangguan - waktu pagi tiada gangguan kerana kita bangun, terus pergi jogging. itu saja, mudah, cepat dan menyegarkan. Mari...mari...mari kita jogging
  3. Susah bangun pagi, mari kita joging...bukan sahaja dapat mengisi waktu lapang pada pagi minggu tetapi juga baik untuk kesihatan minda, badan dan mampu membuatkan anda kekal cergas. Bangun...bangun...bangun...  jogging...
Kebaikan joging waktu petang

  1. Boleh Slow Down - Setelah kita penat bekerja dan belajar...kita perlukan sesuatu untuk membuat kita lebih tenang dan aktiviti untuk melepaskan tekanan yang dihadapi sepanjang hari. joging akan meregangkan otot-otot dan rasa lenguh yang dirasai akan membuatkan otot lebih relaks.
  2. Otot-otot dapat beraksi dengan lebih baik jika terlebih dipanaskan dahulu. Di Malaysia, waktu petang selalunya lebih panas dari waktu pagi. Perbezaan suhu menjadikan otot-otot kita lebih kuat dan kental. keadaan ini membuatkan anda mampu berjogging dengan lebih lama dan jarak yang jauh.






No comments:

Post a Comment