Tuesday, 15 April 2014

Joging waktu pagi vs petang 

Joging adalah satu senaman yang mudah dan murah. Ramai antara kita suka berjoging sama ada waktu pagi ataupun petang. Sebenarnya terdapat perbezaan apabila kita berjoging pada waktu pagi dan juga petang. Joging pagi vs joging petang...jom lihat perbezaannya

kebaikan joging waktu pagi
  1. Berjogging awal pagi membuat anda lebih bersemangat, dan bertenaga. jogging waktu pagi akan membuatkan darah mengalir ke seluruh tubuh badan, sistem badan beroperasi dengan lebih baik dan cepat yang membuatkan kita berasa lebih bertenaga sepanjang hari  tersebut
  2. Tiada gangguan - waktu pagi tiada gangguan kerana kita bangun, terus pergi jogging. itu saja, mudah, cepat dan menyegarkan. Mari...mari...mari kita jogging
  3. Susah bangun pagi, mari kita joging...bukan sahaja dapat mengisi waktu lapang pada pagi minggu tetapi juga baik untuk kesihatan minda, badan dan mampu membuatkan anda kekal cergas. Bangun...bangun...bangun...  jogging...
Kebaikan joging waktu petang

  1. Boleh Slow Down - Setelah kita penat bekerja dan belajar...kita perlukan sesuatu untuk membuat kita lebih tenang dan aktiviti untuk melepaskan tekanan yang dihadapi sepanjang hari. joging akan meregangkan otot-otot dan rasa lenguh yang dirasai akan membuatkan otot lebih relaks.
  2. Otot-otot dapat beraksi dengan lebih baik jika terlebih dipanaskan dahulu. Di Malaysia, waktu petang selalunya lebih panas dari waktu pagi. Perbezaan suhu menjadikan otot-otot kita lebih kuat dan kental. keadaan ini membuatkan anda mampu berjogging dengan lebih lama dan jarak yang jauh.






Bagaimana jogging menjadi popular

Jogging menjadi popular pada awal 1960-an apabila bahaya penyakit jantung mula diakui. Masyarakat mula menyedari keselesaan hidup moden dapat membahayakan kesihatan mereka. Dengan masyarakat yang mewah dan sistem pengangkutan yang cekap, latihan fizikal menjadi terhad. Pada masa yang sama, dengan persaingan yang semakin meningkat dan tekanan emosi dan sosial akibat, tekanan menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat.

Bukti perubatan dengan tegas mencadangkan keperluan  beberapa bentuk senaman yang sesuai bagi orang-orang yang tiada masa untuk bersukan. Jogging telah dijadikan sebagai satu penyelesaian kepada masalah tersebut. Jogging mula popular kerana ia mudah, sesiapa sahaja boleh berjogging. Selain itu, ia menyeronokkan dan seterusnya dianggap sebagai sesuatu yang bergaya.

Di united state terdapat t-shirt dicetak dengan soalan “adakah anda berjoging”. Kemudian beberapa orang yang berjogging telah meninggal dan menjadi lebih banyak tajuk berita keluar. Masalahnya sesetengah orang yang tidak mengambil latihan selama bertahun-tahun telah keluar berjogging dan tiada sesiapa yang memberi amaran bahawa jantung tidak dapat menerima tekanan yang tiba-tiba.

Seorang doktor tentera udara united state telah bekerja dengan konsep senaman yang dipanggil senamrobik. Idea doktor ini telah dijadikan slot aktiviti fizikal yang diminati orang dalam program kecergasan yang realistik.  Individu boleh mengukur dan mengawal peningkatan serta mengelakkan bahaya overstress. Tahap pelaksanaannya juga dapat dipastikan sama ada menunjukkan peningkatan atau tiada. Senaman aerobik (nama diambil dari kapasiti aerobik - jumlah maksimum oksigen yang boleh diproses  oleh badan) adalah apa-apa aktiviti yang dapat meningkatkan kecekapan jantung dan paru-paru.

Wednesday, 9 April 2014

Definisi Joging


JOm Joging Bersama


Hmm joging...apa yang menarik tentang joging ar... mari kita lihat dulu apa itu joging... selama nie kita hanya tau lari jak tak tau pa maksud disebalik perkataan joging tu..


Perkataan joging berasal daripada perkataan bahasa inggeris iaitu jog yang pada mulanya tiada maksud yang spesifik tetapi ia dikaitkan dengan perkataan shoggen yang diambil daripada perkataan bahasa inggeris pertengahan (middle english). Ia bermaksud "to shake, jolt, move with a jerk" lewat 14 masihi yang pada mulanya tidak pasti maksud sebenar. Pada 16 masihi perkataan "shake" tadi didefinisikan sebagai "stir up by hint or push," and "walk or ride with a jolting pace" . Maksud pada zaman moden pula merujuk kepada larian sebagai latihan yang mula digunakan pada tahun 1948; pada mulanya untuk regimen atlet, ia menjadi satu trend pada tahun 1967. Perkataan ini juga mungkin diperluaskan maksudnya daripada penggunaannya dalam aktiviti menunggang kuda. Keterangan lanjut boleh rujuk http://www.etymonline.com/index.php?term=jog&allowed_in_frame=0

Namun penggunaan perkataan Joging pada masa kini ialah merujuk kepada aktiviti berlari pada kelajuan yang perlahan. Ia merupakan aktiviti aerobik.